|
Ditubuhkan pada 1 April 2006, Institut Pembangunan Industri Sukan (IPIS) atau kini dipanggil sebagai Pusat Sukan Universiti Industri Selangor (UNISEL),mula beroperasi di Kompleks Sukan UNISEL. Objektif Pusat Sukan adalah untuk melahirkan warga UNISEL yang cemerlang dan seimbang dari semua segi (jasmani, emosi, rohani dan intelek) melalui pendekatan sukan dan rekreasi. Pusat Sukan begitu komited dalam membantu pelajar bagi memenuhi keperluan industri pada masa kini terutamanya di dalam bidang sukan. |
|